Thursday, November 12, 2009

Belajar bahasa asing memang sangat baik tapi cintailah bahasa kita!

Mari kawan2, mari dengar cerita tentang pengalaman yang kurasakan perlu diceritakan kepada semua sebagai satu nasihat dan pengajaran. Kenapa tiba2 aku menulis dalam bahasa ibundaku?? haha.. tak pelik kan?


Ya, bahasa asing amat penting untuk kita kuasai. Namun begitu, bahasa ibunda jangan kita lupakan walau di mana pun kita berada. Melalui bahasa ibundalah kita mengenal erti hidup,belajar tentang agama,menilai erti cinta, serta menjalinkan persahabatan sesama manusia. Aku sedar bahawa bahasa inggeris dan bahasa sepanyol (spanish) penting di negeri Arizona, USA. Lagipun, alhamdulillah, banyak teman rapatku terdiri daripada orang Hispanic yang aku akui tampan dan cantik belaka sebagaimana yang pernah aku lihat dalam episod telenovela yang satu ketika dahulu menjadi satu rancangan TV bersiri yang popular di Malaysia seperti Rosalinda dan La usurpadora.



Dalam keghairahanku mempelajari bahasa sepanyol yang sememangnya aku minati setelah menonton telenovela la usurpadora, satu kejadian telah berlaku dalam hidupku yang langsung mengubah persepsiku terhadap Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia. Seperti biasa, setiap hari setelah habis kelas kalkulus 1, aku akan berjalan pulang dengan kawanku dari Mexico, yang aku kira agak rapat denganku. Maklumlah, inilah peluang yang harus aku gunakan untuk aku mempertajam kemahiranku berbahasa Sepanyol. Alhamdulillah, kini aku lebih berani bertutur dalam bahasa ini walaupun kadang kala kesalahan tatabahasa aku lakukan- sekurang-kurangnya aku mencuba untuk mempertingkatkan keupayaanku berbahasa sepanyol.



Pada suatu petang, dia ingin berjumpa abangnya di bangunan engineering. Dalam masa yang sama, aku ingin menunjukkan gambar yang kawan aku ambil semasa malam perasmian Homecoming. Jadi, aku pun ikutlah kawanku ini untuk mencari abangnya di bangunan tersebut. Dia sibuk mencari abangnya dan aku pula sibuk menunjukkan gambar-gambar kepadanya. Akhirnya, kami sesat dalam bangunan tersebut.. Hai.. nak dijadikan cerita dia temui juga bilik di mana abangnya sedang membuat kerja. Aku seolah2 bingung tak tahu nak kata apa apabila bertemu abangnya. Nak kata hai, takut tidak dilayan sebab dia kelihatan sibuk dengan komputer ribanya. Setelah difikirkan berulang kali, aku terus mengajak kawanku untuk melihat video yang aku rakam semasa Upacara perasmian Homecoming 2009 di University of Arizona.


Malangnya, video berkenaan tidak mempunyai suara. Aduhai, kenapalah dengan kamera aku ini? Kawanku mengatakan bahawa mungkin aku hanya merakam gambar tapi tidak sekali dengan suara. Ya, logik apa yang dia katakan. Dengan rasa malu dan sedih, aku meminta maaf kerana tidak dapat menunjukkan upacara gilang-gemilang di universiti ini. Beberapa minit kemudian, abangnya keluar dari bilik tersebut dan tiba-tiba datang seorang gadis berkulit sawo matang dan berambut hitam manis menyapanya. Sementelahan itu, kawan aku, abangnya dan gadis itu berbual-bual dalam bahasa sepanyol yang aku kurang pasti butirnya. Walaupun aku tahu berbahasa Sepanyol, aku masih 'merangkak-rangkak' dalam memahami apa yang dikatakan oleh mereka kerana sudah pasti mereka bukanlah menggunakan bahasa sepanyol standard tetapi dialek mereka.



Tidak tahu apa yang perlu dilakukan, aku berpura-pura membelek-belek kameraku untuk mencari butang yang boleh meninggikan suara rakaman video. Agak lama juga mereka berbicara. Ingin sahaja aku mencelah 'no les entiendo' ( aku tak faham korang), tapi kupujuk hatiku supaya bersabar. Aku rasa hanya satu perkataan yang bisa aku faham yakni ' depende' ( depend atau bergantung). hahaha.. sekurang-sekurangnya ada juga perkataan yang biasa didengari. Setelah habis mereka berbual dan mengucapkan selamat tinggal kepada gadis hispanic itu, kawan aku pun memperkenalkan diriku kepada abangnya. Pabila ditanya namaku, aku menjawab "Aliff". Kemudian, mereka adik beradik bercakap sesuatu mengenai namaku.. oh rupanya si abang kurang pasti namaku.. Si abang berbual denganku dalam bahasa inggeris. Si adik mencelah, " El puede hablar espanol".. (dia boleh cakap bahasa sepanyol). Aku agak gembira kerana kawan aku ini begitu bersemangat 'mempromosikan' kepada abangnya yang aku ini boleh bertutur bahasa mereka. Dia berulang kali memberitahu bahawa aku bisa berbahasa sepanyol. Akhirnya si abang seolah-olah akur dengan adiknya- dia memulakan perckapannya dalam bahasa Sepanyol. Alhamdulillah, aku masih dapat memahami apa yang ditanya oleh si abang tentang diriku dalam bahasa sepanyol. Mahu tidak mahu, aku pun membalasnya dengan bahasa ibunda mereka.



Aku menceritakan tentang bgaimana aku mula belajar bahasa ini, untuk tujuan apa dan di mana aku belajar. Aku juga memberitahu si abang tentang agama Islamku dan ternyata dia mempunyai pengetahuan umum tentang Islam. Dia menyatakan kepadaku, " Orang Islam baca Al Quran, kan?" Aku menjawab "ya". Kemudian, dia berkata lagi, "Kamu semua 'pray 5 times kan?" Agak kagum dengan ilmu amnya, aku terus menjawab, "yeah, cinco veces (ya, 5 kali )". Di kesesakan laluan utama pelajar di bangunan Student Union, si adik yang dari tadi tekun mendengar perbualan kami tetiba mencelah dan memberitahu abangnya, " He is proud because u know about his religion". Sudah tentu aku bersyukur dan berasa sangat bangga dengan keislaman aku. Islamlah agama dan jalan hidup yang paling sempurna.



Kebisingan dan kesibukan laluan di bangunan Student union beransur kurang setelah kami keluar dari bangunan tersebut.Si Abang bertanya kepadaku dalam bahasa Sepanyol tentang sesuatu tetapi aku tidak mengerti kerana butir katanya terlalu laju untuk aku yang baru dua tahun mempelajari bahasa ini. Aku mencebikkan mukaku kepada si adik dengan mnggelengkan kepalaku tanda aku tidak memahami. Lantas si abang menjawab, " Oh u dont understand??!!". Kemudian, dia mengulangi pertanyaannya dalam bahasa Sepanyol satu persatu bagaikan mengajar budak yang baru mula membaca! Pada dasarnya, aku berasa malu dengan tindakannya itu. Namun aku hanya memendamkan perasaan tersebut dengan niat ingin belajar. Biasalah, adat orang ingin belajar, kalau tak tahu mesti bertanya, kalau tidak akan sesat. Hmm.. aku lupa apa yang aku bicarakan dengan si abang.. oh ya , dia bertanya,"Que' vas a hacer?" Aku menjawab," Quiero ir a la oficina de espanol para preguntar sobre la clase de espanol durante el invierno." Mereka berdua menganggukkan kepala, tanda mengerti.



Seterusnya, aku meneruskan perbualanku dengan mereka tentang pengalaman yang aku rasakan pahit, manis, lawak, sedih, geram bagiku ketika mempelajari bahasa mereka di Malaysia. Aku menceritakan tentang... hmm rasanya biarlah ia menjadi rahsia.. Sebelum berpisah, aku seperti biasa akan bersalaman ala amerika dengan rakanku. Aku juga berbuat demikian dengan si abang. Tiba-tiba, si abang bertanya kepadaku tentang sesuatu yang tidak pernah aku fikirkan sebelum ini. Pada mulanya, aku tidak berapa dengar apa yang dia ujarkan. Aku berkata "what?" Dia pun mengulangi pertanyaannya, " How to say mucho gusto/ nice to meet you in your language?" Aku terdiam. Masa umpama berhenti seketika. Aku berfikir.... Namun, jawapan tak kunjung tiba... Aku berfikir lagi... Hampa.. benakku kosong.. tak tahu untuk aku terjemahkannya ke dalam bahasa Melayu (Bahasa Malaysia).



Dengan rasa malu, aku menjungkit-jungkitkan bahuku, tanda tidak tahu. Dengan nada sinis, si abang berkata kepadaku," You learn spanish but you forget your language?!!" dan dia terus mentertawakan aku. Hinanya rasa diri ini... Malu apatah lagi... api kemarahan makin menyala-nyala dan menjulang tinggi. Sebelum sempat mereka berlalu pergi, aku menahan mereka dan berkata," Es el idioma and each language has their own characteristics." Mereka menganggukkan kepala. Entah faham entah tidak. Namun, peristiwa ini telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diriku.



Setibanya aku di apartmentku, komputer riba terus aku buka. Bertubi-tubi soalan kuajukan kepada rakan-rakanku di YM. Segalanya aku ceritakan tentang kejadian ini. Daripada A sehingga Z. Malah, setiap butir perkataan yang dilafazkan, masih segar dalam ingatan. Bak kata kawanku hazamir," nah, ambik ko! Kecepek!!!". Aku tergelak apabila membayangkan seolah-olah sebiji kek dilemparkan tepat ke mukaku.. fuh.. malu betul!! Marah, geram, lawak, rasa nak tumbuk dan macam-macam lagi rasa di hati.. Ingin sahaja aku lempang muka si abang... Huhu.. Akan tetapi, rasa sabar masih menebal di hati.. kita perlu berakhlak mulia dengan sesiapa pun walaupun mereka menyakitkan hati kita.. hmmm.. bagiku, amat susah juga untuk meredakan api kemarahan ini.. Alhamdulillah, aku akhirnya mampu juga membendung rasa geram tersebut setelah mendengar nasihat daripada beberapa orang kawanku.



Malam itu, sebelum tidur, aku menulis terjemahan 'nice to meet you' ke dalam Bahasa Melayu sebagai 'seronok bertemu awak' di atas sehelai kertas kecil. Aku menambah lagi beberapa perkataan mudah yang selalu digunapakai setiap hari seperti apa khabar, sihat, terima kasih, dan sama-sama. Kesokkan harinya, kuberikan kertas tersebut kepada si adik untuk diserahkan kepada si abang. Ketika si abang menerima kertas tersebut, lantas dia membacanya dan cuba menuturkannya kepadaku. Aku kembali ceria. Maruahku seolah-olah dibela kembali. Sebutan si abang agak baik, aku kira. Memang tidak dinafikan bahasa Melayu agak serupa dengan bahasa sepanyol dari segi sebutan perkataan. Jadi, agak mudah untuk seseorang yang tidak tahu Bahasa Melayu dan Bahasa Sepanyol menyebut sesuatu perkataan walaupun maknanya tidak difahami.



Aku juga memberitahu si abang bahawa aku tidak lupa bahasa ibundaku. Cumanya, jarang 'seronok bertemu awak' digunakan dalam kehidupan masyarakat melayu apabila berkenalan dan berjumpa untuk kali pertama. Si abng menegaskanbahawa walaupun dia sudah menetap di Tucson selama 5 tahun, bahasa sepanyol tetap tidak dilupakan malah dia masih mampu bercakap dalam bahasa tersebut. Ingin sahaja aku membalas, " Memanglah kau tak lupa sebab dekat sini banyak orang Mexico!! Apalah!!??"... tapi aku fikir, lebih baik aku mediamkan diri. Jadi, pergaduhan dapat dielak.



Yang hairannya, pada hari yang lain, si abang begitu ghairah mempraktikkan perkataan-perkataan tersebut apabali bertemu denganku. Aku sebenarnya ternyata berasa gembira. Ada juga orang yang ingin belajar bahasa ibundaku. Pangajaran yang aku peroleh melalui peristiwa ini adalah aku perlu memartabatkan bahasa Melayu ini dan tidak melupakannya. Aku berasa kagum melihat bangsa lain yang begitu bangga dengan bahasa mereka walaupun kepentingannya tidak setaraf dengan bahasa inggeris. Selain itu, penguasaan bahasa asing perlu dipertingkat dan dipertajam sentiasa kerana banyak kelebihan yang bakal diperoleh dengan mengetahui banyak bahasa.
Alhamdulilah, aku mampu mengajar bahasa Melayu kepada kawan Mexicoku dengan terjemahan bahasa sepanyol dan inggeris. Walaupun Spanishku tidak selancar bahasa Melayu, aku bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan kebolehan berbahasa Spanish, aku mendapat kawan dari Mexico. Insya Allah, Aku akan terus berusaha untuk merperbaik kemahiran komunikasi dan menulis dalam ketiga-tiga bahasa ini. Yang penting usaha, dia dan tawakal!!







Aviso para mis amigos que aprenden Spanish

Alhamdulillah...siempre gracias a Allah por todos en mi vida!!

Ya saque amigos que hablan espanol como Edgar, Elena, Vicky, Sergio, Marisa, Mariana, Prof Francisco y Jenifer. Para mi, ellos son simpaticos y buenos. Aqui, tengo buena oportunidad para hablar y mejorar mi espanol. Por eso, Insya ALLAH, voy a tomar la clase de espanol el inveirno de 21 de deciembre a 12 de junio. Aunque la clase empazara' muy temprano todos los dias a las 8 hasta a las 11.50, pienso que esta bien para mi. Ojala que pueda aprender y reciber mucha informacion de espanol en esta clase. A mi amigos que ya estudiaron este idioma en Sri KDU, no les olviden a continuar aprender y leer espanol. Si', estoy de acuerdo que estudiar nuevo idioma es deficil pero crea en ustedes.. y siempre rezar a Dios para ayudarles en entender la cultura, la gramatica y todas las cosas sobre el idioma. Insya ALLAH , si' se puede!!! Gracias a mi maestra, senora Rocio para ensenarme espanol. Entonces, Vamos amigos!! Vamos a continuar aprender spanish!!